Saturday, March 5, 2011

Pn Habibah.... berakhirnya satu amanah di SKTP.

Tanpaku sedari....... air mata ku mengalir pergi...terkenang.....lagu ni memang menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Sebak, sedih semuanya bercampur baur. Tamat sudah perkhidmatan Pn Habibah di SK Teluk Pulai pada hari Jumaat ini. Entahlah....... tiba-tiba sayu hati bila mengenangnya. Sudah lama beliau mencurahkan bakti pada negara, dan tiba masa untuk beliau merehatkan minda dan diri dari semua amanah yang di serahkan sebelum ini. Ibarat ibu sendiri, perasaanku sukar digambarkan. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..Hanya air mata dan iringan doa agar beliau terus bahagia dan ceria dengan meneruskan kehidupan selepas ini.

No comments:

Post a Comment