Permulaan yang bagus kerana tahun 2011 bermulanya satu episod baru dalam kehidupan. Aku di beri amanah untuk memegang tahun 1 BERSIH. Sebersih namanya, murid-muridku comel belaka. Kecil molek... tapi...tugas guru tahun satu sememangnya berat. Macam-macam yang perlu di buat. Serba baru katakan. Tapi tidak mengapa, aku menyahut cabaran itu. Mungkin tidak sehebat kak As atau kak Nani, janji amanah yang diberi akan ku laksanakan sebaik mungkin. Caiyok, caiyok....