Wednesday, February 17, 2010

WAYANG KULIT



Wayang kulit telah diperkenalkan sejak 300 - 400 tahun dahulu di Malaysia. Cerita-cerita daripada hikayat Ramayana sering dimainkan. Wayang kulit pernah dijadikan alat pengajaran dan dakwah selama beberapa zaman oleh masyarakat peribumi di samping hiburan rakyat jelata pada masa dahulu.Tok dalang yang pakar dalam mengendalikan pelbagai jenis watak, berkebolehan membuat pelbagai jenis suara yang berlainan. Patung wayang kulit diperbuat daripada kulit lembu, lazimnya oleh tok dalang sendiri.

No comments:

Post a Comment