Thursday, February 18, 2010

HIJAU BUMIKU YANG SEMPIT INI.
























































































































Penat bekerja seharian hilang serta merta jika dapat melihat pemandangan yang mendamaikan, sekali sekala aku meluangkan masa untuk menanam tanaman yang dapat ku gunakan dalam masakan. Aku gunakan ruang yang sekangkang kera ini dengan sebaik mungkin. Antara tanaman yang ku tanam seperti ulam pegaga, ulam raja, daun kari, daun kesum, serai, limau purut dan beberapa tanaman lain untuk hiasan. Semuanya ditanam didalam pasu. Jika berbudi pada tanah dapatlah hasilnya...

Wednesday, February 17, 2010

HASIL SENI...MURIDKU..














































Ini antara hasil seni anak muridku sewaktu praktikum dulu .... di SK SG KARANGAN..PADANG SERAI KULIM KEDAH.


















RENJISAN DAN PERCIKAN


Renjisan dan percikan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak kesana-sini.


Renjisan dan percikan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap.


Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang.

WAYANG KULIT



Wayang kulit telah diperkenalkan sejak 300 - 400 tahun dahulu di Malaysia. Cerita-cerita daripada hikayat Ramayana sering dimainkan. Wayang kulit pernah dijadikan alat pengajaran dan dakwah selama beberapa zaman oleh masyarakat peribumi di samping hiburan rakyat jelata pada masa dahulu.Tok dalang yang pakar dalam mengendalikan pelbagai jenis watak, berkebolehan membuat pelbagai jenis suara yang berlainan. Patung wayang kulit diperbuat daripada kulit lembu, lazimnya oleh tok dalang sendiri.

MOZEK



Ialah satu susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan sebelah - menyebelah dan tidak bertindih.


Bahan 2 dimensi adalah seperti kertas warna, kain dan keratan suratkhabar. Bahan ini dipotong mengikut rupa geometri atau organik. Potongan bahan ini ditampal secara sebelah menyebelah mengikut lakaran gambar.


Bahan 3 dimensi seperti butang, manik bijirin, batu-batu kecil dan penutup botol. Bahan ini dilekat tanpa bertindih. Pelekat perlu kuat supaya bahan tidak mudah tertanggal.


Sunday, February 14, 2010

KALIGRAFI



Satu cara menghasilkan tulisan cantik. Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud tulisan cantik ( beautiful writing)


Tulisan khat dalam bahasa Arab juga merupakan tulisan kaligrafi.


Teknik yang digunakan adalah sama dengan cara menulis huruf-huruf biasa, iaitu sama ada secara bebas atau bergrid.


Alatan:

Pensel, pen manuskrip dan berus


Bahan:

Dakwat, pewarna dan kertas graf / grid

Thursday, February 4, 2010

SALAM JUMAAT


Sukanya... tak sabar nak bercuti ... dalam kepala ni dah berat dengan macam-macam benda. Kalau ari ni dapat settle semua maklumat murid kira ringan la sikit. Teringat pulak pada suasana kampung yang tenang lagi nyaman tu. Teringin sangat nak ke sana... tapi kampung orang lain la.... kita takda kampung...... dapat pi kampung orang pun kira ok gak...Dapat lihat sawah padi pun jadi ler..