Sunday, December 12, 2010
ALHAMDULLILLAH...TQ ALLAH..
Terima kasih Ya Allah....akhirnya aku dapat berita yang mengembirakan hidupku...biarlah rahsia dulu kerana Engkau penentu segalanya......
Sunday, October 24, 2010
Keimananku
Ya Allah, sejauh manakah keimananku ini....selalu terdetik dlm hatiku.... aku berfikir sejenak, ntah2 sebesar biji sawi pun...sukar nak ku dapat.... keinsafan melanda diri...dunia ini mengamalkan sekular...yg tiada betulnya...Kenapa hukuman Islam tidak diterapkan dari dulu lagi?? knapa kita perlu menjalankan hukuman ciptaan manusia ini?? Kalaulah hukuman Islam (Hudud) dijalankan... pastinya, ramai yang akan berfikir dulu sebelum melakukan jenayah di dunia ini... Ya Allah...Ampunkanlah semua hambaMu yang buta ilmu agama ini....mereka memang bersalah....tetapi disebabkan kurangnya ilmu agama, menjadikan mereka semua lalai di dunia ini.....Hanya Engkau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.....
Thursday, October 21, 2010
Menanda kertas
Hari ni, hari terakhir peperiksaan akhir tahun, murid-murid pun sudah tidak sabar untuk mengetahui markah mereka. Guru-guru pula, pulun menyiapkan markah untuk kelas masing-masing...yang paling malas nak ku tanda...tidak lain dan tidak bukan kertas penulisan...memang malas nak mengadap kertas ni..lebih-lebih lagi tulisan anak murid yang terlalu kreatif..mengalahkan tulisan doktor lagi..ditambah pula dengan susunan ayat yang entah apa-apa tu... berpuitis...mengalahkan penyair antarabangsa...Walaubagaimanapun, aku perlu mengadap juga hasil-hasil nukilan anak muridku ini...nak tergelak pun ader...sedih pun ader... layan jer la...
Saturday, October 16, 2010
PANAS
Dua , tiga hari ni memang panas cuacanya...dlm sehari mau lima kali mandi...tak perlu lap pun..kering camtu je air..sebelum tido pun mandi..panas jugak..kesian.. dunia semakin panas..manusia la yang punya kerja ni...sepatutnya sekarang ni musim hujan..tapi sebaliknya pula..manusia semakin rakus... sana sini pembangunan...hutan-hutan pun dah jadi cam taman bunga.. pokok-pokok besar pun takda...yang ada bangunan besar jew...manusia pun semakin leka mengejar duniawi...masing-masing bersaing...sapa paling hebat dan berharta..dialah yang berkuasa...tiada lagi kesederhanaan dalam hidup....apa nak jadi??? kita cuma hamba yang lemah..hamba kpd pencipta Yang Maha Esa...kenapa kita kita harus menjadi hamba kepada DUIT..Ingatlah dunia hanya sementara..kita penentu masa depan dan akhirat sendiri...bila nak sedar diri ni???nak tunggu umur 50 tahun nanti ker??...sempat ker?? FIKIR DAN RENUNGKAN...
Tuesday, September 14, 2010
MAKMAL ICTL
Sekarang ni berada kat makmal, rajin ngadap facebook dan blog, keje ader tapi malas.. cuci mata jap. Budak-budak pun masih cuti beraya lagi..datang sekolah pun tak buat ape, tanda buku budak jer la... Sekolah sunyi sepi.. sekali sekali kedengaran bunyi loceng menandakan waktu berlalu.. tanpa sebarang pengajaran dilaksanakan..boring sungguh...BORING NYER WEHHH..
Thursday, August 12, 2010
Baju rayer
Tak beli lagi... nak pi beli kat ner ek?? nak pakai warna aper...ek?.. kalu beli yang siap, kna pilih betul2..kalu nak tempah...takder orang nak jahit dah sekarang nih...mmm... kna beli yg siap gak la.. kalu takde baju rayer, tak bole rayer kew? mengarut!! kiter yang nak rayer..bukan nyer baju...soal sendiri..sendiri jawab...hi..hi.. aper pun layan... zassss...
NOK MAKAN APER YER..
Monday, August 2, 2010
Cicak mati kat dapur..
Busuknyer...tak tahan dah.. camner nak buat ni.. cari punyer cari, jumpalah sekor anak anok tupa..opps silap anak cicak yg dah mati kat dapur.. padanlah bau semacam jer ni.. busuk banget sih.. eeee gelinyer.. terpaksa lah ku gagahi jua membuang bangkai itu.. kalau tak nayer duk sedut bau yg tak menyenangkan tu... settle...
Wednesday, July 28, 2010
Yang lamer dilupa jangan..
sALAM..dah lamer tak buat catatan ni..nak kata sibuk tak juga..cuma terlalu ghairah dok melayan facebook..hingga terlupa pada blog ni seketika..apapun blog ni tetap no 1..tempat untuk meluahkan segala yg terpendam.. walaupun blog ni tidak seceria blog2 lain..its ok..nanti kiter ceriakan dengan cerita2 terkini...sian blog ni ek.....
Monday, May 24, 2010
BUSY MEMANJANG..
Pagi-pagi lagi aku dah mengadap benda ni..dah lama tak n3 kan..maklumlah busy tahap gunung berapi sekarang ni...ada masa leh la nak jenguk sat.. mmm tak lama lagi cuti sekolah akan tiba, tapi sebelum tu...budak-budak kena exam la dulu yer...semoga anak-anak muridku dapat keputusan yang baik seperti yang mereka harapkan... apapun kenalah usaha sendiri, ditambah dengan latih tubi yang ku berikan..Insya Allah.....
Tuesday, May 4, 2010
MUSIM DEMAM
Sekarang ni ramai anak murid yang demam, kesian pun ader...Dah suruh jangan datang sekolah, nak juga datang.... Katanya takut mak ayah marah..... ponteng... kesian anak demam pun paksa datang gak.... Apabila telefon suruh datang ambil anak, telefon tak berjawab... duduk la budak tu kat sekolah.. Camner ni...lepas tangan jer.. sian anak-anak...
Wednesday, April 21, 2010
KESABARAN YANG KUAT..
Sebagai seorang guru yang mengajar kelas hujung (lemah).... perlu tinggi kesabarannya.. Tapi kesabaranku ini banyak untungnya...nak tau kenapa? Anak murid yang berada di kelas lemah ni sangat - sangat menghormati gurunya... Marah macam mana sekalipun, mereka tidak pun mengadu pada ibubapa mereka... Hari ni kena marah, esok macam biase jer, jumpa cikgu salam... itulah kelakuan mereka... Hari-hari menjerit dalam kelas memang menjadi lumrah... Tapi kasih sayang tetap terserlah di wajah mereka... Budak-budak katakan...
Saturday, April 10, 2010
Thursday, April 8, 2010
KEHILANGAN
Monday, April 5, 2010
Sunday, April 4, 2010
KANGKUNG PERTAMA
Wednesday, March 24, 2010
GIVEAWAY TERATAK PUTERI
Seperti yang dijanjikan..saya ingin berkongsi kegembiraan saya utk kawan2 semua dengan mengadakan GIVE AWAY TERATAK PUTERI sempena Hari Lahir saya yang ke-41 tahun dan tanda menghargai kawan-kawan semua..sokongan yang diberi sangat saya terharu..pada yang telah membeli barang2 diblog saya ini harap berpuashati dan kalau ada salah silap tu harap dimaafkan ya..
Okay..saya akan menyediakan 4+1 hadiah yg merupakan koleksi antik & juga Barangan Deco English seperti dibawah..
HADIAH PERTAMA
Set Bunga Kangkung iaitu 1 Biji Teko Mini, 1 Piring Kuih 6 inci & 1 Cawan Bujang
HADIAH KE-2
3 Biji pinggan Kekwa Hitam, - Saiz 9.5 inci, 8 inci & 6 inci
HADIAH KE-3
Barang2 decoupage yg merupakan 1 biji Botol, 1 Lilin Bulat & 1 Lilin Biasa
(Yang ni decoupage hasil tuan rumah sendiri tau..)
HADIAH KE-4
2 Biji Pelita iaitu 1 Pelita Crown Antik & 1 Pelita Love Merah
HADIAH KE-4 + 1 ..ke-5 lah tu
1 Platter Rose Saiz 11 inci, China mali.. Syarat-syarat peraduan ini pun ada 4+1 jugakk..
1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010
2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..
3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)
4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010
5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.
Sekian..selamat berjaya..ta..ta..
Tuesday, March 9, 2010
Wednesday, March 3, 2010
PINGGAN MANGKUK ANTIK
Sekarang ni musim orang mencari pinggan mangkuk antik. Kalau dulu2 langsung tak pandang, tapi sekarang semua pakat nak kutip maklumlah nilainya pun dah meningkat. Ramai pula yang berminat nak mengumpul pinggan2 lama ni.. kalau dapat rasa gembira tidak kepalang...Apabila diteliti dan dibelek2 pinggan lama ni memang bermutu tinggi, ketebalan dan ketahanan barang lama sudah diperakui. Susah nak dapat dalam satu set..kena banyak kesabaran jugalah nak mencari barang2 ni. Tapi usaha sebegini memang berbaloi-baloi. Untung kemudian hari..
Thursday, February 18, 2010
HIJAU BUMIKU YANG SEMPIT INI.
Penat bekerja seharian hilang serta merta jika dapat melihat pemandangan yang mendamaikan, sekali sekala aku meluangkan masa untuk menanam tanaman yang dapat ku gunakan dalam masakan. Aku gunakan ruang yang sekangkang kera ini dengan sebaik mungkin. Antara tanaman yang ku tanam seperti ulam pegaga, ulam raja, daun kari, daun kesum, serai, limau purut dan beberapa tanaman lain untuk hiasan. Semuanya ditanam didalam pasu. Jika berbudi pada tanah dapatlah hasilnya...
Wednesday, February 17, 2010
RENJISAN DAN PERCIKAN
WAYANG KULIT
Wayang kulit telah diperkenalkan sejak 300 - 400 tahun dahulu di Malaysia. Cerita-cerita daripada hikayat Ramayana sering dimainkan. Wayang kulit pernah dijadikan alat pengajaran dan dakwah selama beberapa zaman oleh masyarakat peribumi di samping hiburan rakyat jelata pada masa dahulu.Tok dalang yang pakar dalam mengendalikan pelbagai jenis watak, berkebolehan membuat pelbagai jenis suara yang berlainan. Patung wayang kulit diperbuat daripada kulit lembu, lazimnya oleh tok dalang sendiri.
MOZEK
Ialah satu susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan sebelah - menyebelah dan tidak bertindih.
Bahan 2 dimensi adalah seperti kertas warna, kain dan keratan suratkhabar. Bahan ini dipotong mengikut rupa geometri atau organik. Potongan bahan ini ditampal secara sebelah menyebelah mengikut lakaran gambar.
Bahan 3 dimensi seperti butang, manik bijirin, batu-batu kecil dan penutup botol. Bahan ini dilekat tanpa bertindih. Pelekat perlu kuat supaya bahan tidak mudah tertanggal.
Sunday, February 14, 2010
KALIGRAFI
Satu cara menghasilkan tulisan cantik. Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud tulisan cantik ( beautiful writing)
Tulisan khat dalam bahasa Arab juga merupakan tulisan kaligrafi.
Teknik yang digunakan adalah sama dengan cara menulis huruf-huruf biasa, iaitu sama ada secara bebas atau bergrid.
Alatan:
Pensel, pen manuskrip dan berus
Bahan:
Dakwat, pewarna dan kertas graf / grid
Thursday, February 4, 2010
SALAM JUMAAT
Sukanya... tak sabar nak bercuti ... dalam kepala ni dah berat dengan macam-macam benda. Kalau ari ni dapat settle semua maklumat murid kira ringan la sikit. Teringat pulak pada suasana kampung yang tenang lagi nyaman tu. Teringin sangat nak ke sana... tapi kampung orang lain la.... kita takda kampung...... dapat pi kampung orang pun kira ok gak...Dapat lihat sawah padi pun jadi ler..
Saturday, January 30, 2010
MALAYSIA INDAH
Pohon teratai di pinggir tasik,
Tumbuh melata di air tenang,
Pulau Tioman ku lihat asyik,
Bagai tak puas mata memandang.
Ayam hutan di tepi denai,
Riuh berkokok menjelang petang,
Pasirnya halus pantainya landai,
Laut membiru beralun tenang.
Kelip-kelip di tengah malam,
Bintang terang menyapu awan,
Aneka hidupan di laut dalam,
Berwarna-warni berkawan-kawan.
Burung tempua pulang ke sarang,
Sarang tinggi di pohon berduri,
Betapa indah negeri orang,
Indah lagi negeri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)