Saturday, December 12, 2009

DEMAM DENGGI







Sekarang musim tengkujuh, tidak dinafikan banjir telah meragut banyak nyawa terutama di negeri bahagian pantai timur. Saban tahun perkara yang sama pasti berulang.. demam denggi pula semakin meningkat di negeri yang yang tidak di landa banjir. Hujan kadang kala yang turun menyebabkan kawasan menjadi lembab dan tidak diuruskan dengan sempurna. Sampah sarap yang menjadi tenpat pembiakan nyamuk semakin banyak.. Tidak hairanlah longkang-longkang tersumbat kerana sistem pengairan tidak lancar. Kepesatan penduduk juga antara faktor penyumbang perkara ini berlaku. Pembangunan sana sini jika tidak di kawal menyebabkan sesetengah tempat menjadi terlalu padat dan persekitaran yang tidak bersih menambahkan lagi permasalahan ini.

Friday, December 11, 2009

SUATU KETIKA - SMK PAYA BESAR


Suatu ketika dulu, aku lalui lorong-lorong sempit berjalan kaki menuju ke sekolah. SMK PAYA BESAR itulah sekolah ku dulu...Suasana dingin menyelubungi diriku. Ditambah pula dengan cerita yang begitu sensasi yang membuatkan aku takut untuk ke sekolah. "Ada orang nak hisap darah anak dara", kata teman rapatku. Tapi itu cerita berbelas tahun yang lepas. Cerita itu membuatkan ramai di antara temanku dulu memakai inai di jari mereka. Kononnya baru kahwin katakan. Padahal sekolah pun belum habis lagi. Mana tidaknya, hantu yang dihebohkan itu cuma inginkan darah anak dara sahaja. Jadi dengan memakai inai dijari dapatlah mengaburi mata hantu itu lah konon-kononnya..... Gatal juga hantu pada zaman tu...Sekarang ni kemana agaknya hantu tu pergi ek???

Aku bangga menjadi pelajar sekolah itu, berkat usaha dan bantuan para guru sedikit sebanyak memberi aku dorongan untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi. Guru disiplin ketika itu yang mengajar aku subjek Bahasa Melayu banyak memberi inspirasi kepadaku..dan sekarang aku pula yang mengajar subjek berkenaan....Terima kasih cikgu!


Monday, December 7, 2009

Durian



Tak tau nak cakap...mmmmemang sedap. Di gelar raja segala buah sepadan dengan kulit dan isinya..sedap. Itu jer yang boleh diungkapkan. Dulu aku memang tak berapa gemarkan buah ni, ntah kenapa sekarang ni memang suka sangat. Dulu kalau tak ada pun tak apa, tapi sekarang kalau nampak orang jual tepi jalan pun aku sanggup beli..apa lagi baunya memang memikat.. Lagi seronok kalau dapat makan durian kat tepi jalan sambil menikmati pemandangan kampung yang mendamaikan.

MUSIM DEMAM


Dah dua klinik aku pergi, namun kesihatanku masih kurang. Sudah banyak pil ku telan, namun begitu juga keputusannya. Demam main-main namanya. Sekejap ok sekejap k.o..Ntah lah musim demam kot sekarang ni seiring dengan keadaan cuacanya yang berubah-ubah... Mungkin umur dah semakin bertambah kot... Dah tua ker aku ni??? Soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran..Usia semakin bertambah... pahala dah banyak ker???... Sendiri mahu ingatlah...

Wednesday, December 2, 2009

HOBI BARU


Dah lama rasanyer tak menatap blog ni... syukur atas apa yang ada, ku lalui cuti ini dengan aktiviti yang rasanyer begitu menarik bagiku.. pagi-pagi lagi ku ke kebun yang terletak di depan rumahku.. berkebun dengan guna pasu jer....jangan marah. Lepas tu kemas rumah la.. buat apa yang patut. Aku sekarang suka mengubah bunga, ntah kenapa tengok bunga jer jadi suka semacam. Ada satu tarikan yang luar biasa. Hobi baru la tu..

Monday, October 5, 2009

HADIAH TERBAIK


Kepada kawan: kesetiaan



Kepada musuh: kemaafan



Kepada ketua: khidmat



Kepada yang muda: contoh terbaik



Kepada yang tua: hargai budi mereka dan kesetiaan



Kepada pasangan: cinta dan kesetiaan



Kepada manusia: kebebasan

KERJA..KERJA..KERJA


Kerja..kerja..kerja memang tak pernah putus, bertali arus bagaikan air yang sentiasa mengalir. Tapi kalau kita fikirkan kerja itu sebagai aktiviti yang menyeronokkan kita mesti suka melakasanakan tugas tersebut. Aku suka dengan tugasku, cuma ada beberapa perkara yang aku tidak berapa suka tapi kena juga buat-buat suka. So setiap kali ada tugas baru kita kena sebut "SUKA..NYER.."

HARI RAYA


Hari raya adalah hari yang amat bermakna dalam hidup semua orang. Jauh di sudut sana, masih ada ramai lagi yang menitiskan air mata di pagi raya. Betapa hebatnya hari raya itu kalau direnung-renung sedalamnya. Aku juga tidak terlepas teringatkan orang yang paling aku sayangi yang pergi meninggalkan aku semasa umurku 17 tahun. Betapa peritnya aku rasakan apabila kedua-dua orang tuaku pergi meninggalkan aku dikala aku amat memerlukan mereka. Dugaan datang dan pergi. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Mungkin aku orang yang terpilih dalam menghadapi dugaan ini. Aku bukanlah sekuat manapun, tapi berkat kesabaran, aku hadapi jua hidup ini. Nasihat dan pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ibuku sentiasa menjadi panduan bagiku menghadapi hidup ini.

Wednesday, September 9, 2009

KUIH RAYA

































































Pelbagai jenis kuih raya, lazat....mari kita saksikan.....

JUADAH BERBUKA


Menarik tapi tak tertarik! Nak tau kenapa? Sejak tangan aku gatal-gatal alah pada sabun, aku memang tak masak dalam 2,3 hari ni. So nak berbuka kenalah pergi membeli di pasar Ramadhan atau mana-mana tempat yang mudah meletak kereta. Apabila sampai jer kat pasar Ramadhan , hati memang tergoda dengan pelbagai juadah yang terhidang.. Cuma.....ada sesetengah peniaga yang menjual juadah yang tak ada rasa pun, tapi dilihat dari segi rupa memang nampak sedap. Pernah sekali ku lihat murtabak tu comel semacam jer, nampak isi dalamnya tu penuh tapi apabila dibawa pulang ke rumah, rupa-rupanya ubi kentang dipotong besar-besar............ dah la besar tak masak pulak tu....... TAPI tak semua peniaga macam tu, ada yang juadah yang dijual memang sedap sehingga menjilat jari.

Tuesday, September 8, 2009

TUGAS BARU........

Hey.......... seronoknya! Tak lama lagi nak raya, tapi dalam kepala ni Tuhan saje yang tau.. serabut dapat tugas baru. Nak tak nak pun kena terimalah...... Paksa rela namanya. Hidup di dunia ni memang begitu, penuh dengan warna-warni kehidupan. Kalau sama jer pun tak seronok juga kan? Teringat zaman kanak-kanak dulu, time raya jer seronok nak kumpul duit. Pi la jalan satu kampung, rumah yang tak biasa lawat pun pi gak lawat buat-buat kenal....Nak cari duit raya katakan...Tapi itu dulu, sekarang kita pula yang nak kena sediakan duit raya kat budak-budak. Itulah yang dinamakan roda kehidupan, ada turun naiknya. Apapun hari raya, hari yang menyeronokan!

Wednesday, September 2, 2009

PELANGI PETANG


Engkau tiba bagaikan pelangi,

Tak bercahaya namun kau berseri,

Tapi cukup menghiburkan hati ini,


Boleh ke aku menjadi seperti pelangi petang... menghiburkan orang lain, sedangkan diri sendiri pun tak terhibur...


Apabila difikirkan sejenak, kita ni banyak kekurangannya, tidak dinafikan kita akan mendapat apa yang kita tidak harapkan dalam hidup ni...tapi apa yang kita mahukan amat sukar untuk kita perolehnya...barulah dinamakan KEHIDUPAN. Satu proses yang sukar untuk dijelaskan..ada manis tapi bukan gula dari Seberang Prai yang disorokkan oleh sebilangan pengedar gara-gara nak menyambut hari raya...ada pahitnya tapi bukan tongkat ali yang dicari-cari oleh setiap lelaki bagi menguatkan kesihatan diri mereka, betul ke tongkat ali tu pahit?Ntahlah.. nak tau jawapannya rasalah sendiri yer....

Friday, August 28, 2009

AKTIVITI DI BULAN PUASA


Aktiviti di bulan puasa ni biasa-biasa jer...kemas rumah la... Tapi ntah kenapa aku rajin sikit bulan puasa ni. Mungkin disebabkan cuti seminggu so kalau tak buat apa-apa aktiviti boring la kan.. So aku pun mengecat perabut rumah. Aku beli cat minyak warna putih dan mulalah aktiviti mengecat.. Berbaloi juga tau, nampak la lain sikit dari sebelumnya. So selamat berpuasa...

Tuesday, August 25, 2009

PANTUN RAYA (Loghat)



Kelantan...

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar

Kelik rayo taksir laju

Nanti rayo dale sepita



Terengganu...

Makang ubi jamang jepong

Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong

Bulang raye mung gile



Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin



Johor...

Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie



Melaka...

Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok



N. Sembilan...

Masak lomak cili api

Campo dongan d aun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)



Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu



Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupai

Pandu hemat ingat kampong

Asal teman selamat sampai



Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau



Penang...

Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepas raya usah dok triak

Kalu ceti mai ikut dapoq



Perlis...

Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang

WANITA SOLEHA


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,

Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. S

alam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia,

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Sunday, August 23, 2009

HARI PERSARAAN EN. SABTU B. SUJAK











Hari persaraan En. Sabtu b Sujak. Beliau merupakan guru besar pertama bagi perkhidmatan aku sebagai guru di Sk Telok Pulai, Klang. Seorang yang berdedikasi dan sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan sekalipun. Mudah mesra dengan guru-guru dan murid di sekolah. Semoga beliau sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang.

Saturday, August 22, 2009

BIARLAH RAHSIA

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tiada siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan kutiada pertimbangan
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam
ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

KESILAPANKU KEEGOANMU

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini menambahkan hening
Di dalam hatiku
Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
aku cinta kepadamu
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
aku cinta padamu
Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri
- Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

LAWAK

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT: Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

Pen merah, pen biru, pen hitam....Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.

Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.
Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya, sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Friday, August 21, 2009

ANGRY - MARAH!

Anyone can become angry, that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose and in the right way, this is not easy...

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.

KELMARIN, HARI INI DAN ESOK

Suatu ketika dikau disini,
Kini kembali melewati,
Detik-detik sejarah yang pernah kau alami,
Merentasi ruang minda sempurna,

Kini berdiri didepanmu,
Tugu impian yang sebenarnya,
Pasti tercapai hasrat dihati,
Mendidik anak-anak bangsamu,

Kuiring doa kudus,
Buatmu tiada jemu,
Semoga kesampaian perjuangan mu yang suci,

Mendidik anak bangsa,
Membela nasib semua,
Wawasan pendidikan disempurnakan,
Umpama sebatang lilin,
Menerangi kegelapan,
Membakar diri demi kejayaan,

Kini tinggalku menyambung kisah,
Menagih ilmu santapan minda,
Semoga di suatu masa,
Sama berusaha mencapai cita.

Thursday, August 20, 2009

PUASA DI BULAN RAMADHAN

Saat yang ditunggu telah tiba, Sabtu ni umat Islam akan mula berpuasa. Tidak disangka masa begitu cepat berlalu, hingga aku lemas dalam lariannya, semusim telah berlalu. Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa dengan gembira. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, dijanjikan banyak pahala kepada hamba-Nya yang bijak menggunakan peluang yang diberikan.

Monday, August 17, 2009

SEKOLAH HARAPAN..SK TELOK PULAI

Kini, aku sebahagian dari anggota keluarga Sekolah Kebangsaan Telok Pulai. Besar harapan yang diletakkan oleh setiap ibu bapa supaya anak mereka dapat menjadi insan minda kelas pertama. Segala-galanya terserah kepada setiap guru mewarnai minda anak didik mereka. Semoga apa yang diharapkan dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti.

SEKOLAH IDAMAN..SK SG KARANGAN


Pertama kali menjejaki SK Sg. Karangan, Padang Serai Kulim Kedah, terkejut sangat kerana apa yang digambarkan tidaklah seperti yang dilihat. Anggapanku, tentulah sekolah ini kecil sahaja, tetapi segalanya meleset sama sekali kerana bangunan sekolahnya begitu hebat dan gah walaupun berada di pedalaman. Bilangan muridnya yang ramai, dan segala kemudahan tersedia. Perasaan syukur ku panjatkan kepada-Nya kerana memberiku peluang mengajar di sana. Guru dan murid-murid banyak memberi kerjasama yang cukup baik semasa aku melakukan latihan praktikum di sana. Udaranya yang nyaman, tidak dapat ku lupa kerana pagi-pagi lagi aku perlu bersiap untuk sampai awal ke sekolah. Aku begitu selesa berada di sana. Makanan yang pelbagai dan harganya yang begitu murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

SEWAKTU MULA..DI IPSAH


Masih teringat lagi kenangan bersama teman-teman ketika masih menuntut di IPSAH atau sekarang dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Halim. Mula-mula sampai di Sg. Petani rasa sedih sangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, tapi setelah berjumpa dengan teman-teman, mereka banyak membantu menghilangkan rasa kesedihan itu. Banyak yang dipelajari di sana, segala pengalaman dan kemahiran di timba dengan sebaik mungkin. Suka duka sebagai seorang pelajar sukar untuk dilupakan. Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar, terutama pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual. Jasamu tidak dapat ku lupakan.

Saturday, August 15, 2009

LUKISAN


Di Malaysia, lukisan telah menjadi satu elemen penting dalam sejarah awal ketamadunan bangsa sejak zaman batu lagi. Lukisan telah di jadikan alat mencatat sesuatu peristiwa. Keadaan ini diperjelaskan lagi apabila pengkaji sejarah telah menemui fakta tentang lukisan seperti yang tergambar pada dinding Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun di Perak.

WARNA


Warna ialah tindak balas cahaya keatas sesuatu permukaan. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan berwarna-warni. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang sesuai mengikut situasi.

Saturday, August 8, 2009

JERAWAT JER..

Wanita sememangnya sangat takut dengan masalah jerawat. Bagi wanita jika muka yang berjerawat maksudnya orang itu tidak menjaga kebersihan muka mereka. Ada sesetengah pula beranggapan jerawat itu pemanis muka, kalau muka licin jer pun tidak cantik juga. Apa salahnya ada sebutir mutiara tiba-tiba tumbuh dimuka, cantik juga kan.......bagi saya kalau setakat sebutir jer tak apalahkan.... tapi kalau dah penuh satu muka, itu dah kira bermasalah. Ramai yang sanggup berhabis duit asalkan muka sentiasa kelihatan cantik dan muda. Bagi yang berduit, tiada masalahkan, tapi bagi yang mengharapkan duit dari suami tu, kena pandai-pandailah menggunakan alternatif lain seperti mengamalkan petua orang-orang tua.

Thursday, August 6, 2009

SAKIT TEKAK

Ntah, sejak akhir-akhir ni rasa nak marah je, nak kata perubahan cuaca tak juga.......... agaknya dah semakin berumur kot. murid-murid semakin hari semakin pandai, banyak persoalan yang diutarakan............ kadang-kadang geram juga. Tapi nak buat camner lagi, sudah menjadi lumrah hidup memang perangai budak-budak macam tu. Iye kan aje, mana yang betul dan yang memuaskan hati mereka.


Bukan nak kata kadang-kadang ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh mereka. Banyak perkara yang mereka ingin ketahui. LAWAK, GERAM macam-macam dalam kepala.

Saturday, May 16, 2009

Kebersihan diri

Sekarang ni macam-macam penyakit yang kita dengar. Sebagai manusia yang bertamadun yang sudah maju dalam pelbagai bidang pun kita masih dihantui oleh berita-berita yang menakutkan ini. Oleh itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri walau dimana kita berada.
Semoga dengan usaha yang sedikit itu dapat mencegah kita dari sebarang penyakit.Terutama anak-anak kecil yang mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Ibu bapa harus sentiasa memantau keadaan anak-anak walaupun sibuk dengan urusan seharian.

Hari Guru 2009

Hari ini merupakan hari guru yang pertama ku sambut sebagai guru. Pagi-pagi lagi aku menerima ucapan dari teman-teman yang sama bertugas sebagai guru. Diantara sms yang ku terima ingin ku kongsi dengan teman-teman iaitu:

Guru...........dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru...

Dapat bunga tanda cikgu mengharumkan dunia, dapat pen tanda cikgu bijak melakar kata, dapat pemadam tanda cikgu sentiasa betulkan yang dusta,dapat mesej tanda cikgu sentiasa diingati.

Who is greater?A mother or a teacher? Definitely a teacher because a mother can only put a child to sleep but a teacher can put the whole class to sleep....Ha..ha Happy Teacher's Day.


Friday, May 15, 2009