Sunday, November 25, 2012

Keluargaku..


Terima kasih suamiku kerana sudi menemaniku di dunia yang penuh pancaroba ini. Anak-anak yang sentiasa menemani mama walau mama sentiasa dikejar oleh masa. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan keluarga ini wujud di bumi yang Kau jadikan ini. Aku amat menyayangi keluarga ini dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk keluarga ini. SAYANGKELUARGAKUINI.

Tuesday, November 20, 2012

UPSR 2012

Agak terkejut dengan keputusan UPSR tahun ini. Bilangan murid yang mendapat 5A menurun berbanding dengan tahun lepas. Agak memeranjatkan juga... Ramai yang beranggapan murid tahun ini akan lebih menyerlah berbanding tahun lepas, entah mana silapnya...keputusan tahun ini agak mengejutkan. Pelbagai andaian dilontarkan...apapun mereka sudah berjuang habis-habisan, mungkin rezeki tidak menyebelahi mereka. Walau apapun yang berlaku, TAHNIAH kepada yang berjaya dan jangan BERSEDIH kepada yang kurang berjaya.Usaha perlu diteruskan agar kecemerlangan terus berpihak kepada anda semua....

Monday, November 12, 2012

         Salam semua...dah lama tidak membuka blog ni....dan sudah lama tidak membuat apa-apa catatan diblog ini. Banyak perkara yang ingin dikongsikan di sini... dulu hobiku mengemas rumah ala2 inggeris...tapi kerana kekangan masa, maka hobi itu agak terbantut sekejap. Apapun, hobi itu akan ku sambung semula kerana cuti sekolah sudah pun bermula... horreyyyy....cuti... dapatlah hilangkan segala stress yang ditanggung selama ini.....terasa hati nak pi jalan2 cari makan...tapi dimana ye?????? atas bukit ke?? atau bawah bukit?? mana2 pun best gak..nantilah fikirkan mana yang sesuai........ SELAMAT BERCUTI SEMUA....