Thursday, March 31, 2011

Akhirnya..tamat sudah ujian lisan LINUS (BM + MATE)

Akhirnya .....lapang dada teman sekejap...lepas satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada teman...rasa-rasanya hampir 3 minggu teman mengadap budak-budak ni..nasib baiklah kelas pandai sikit...budak-budaknya pun tidak bermasalah sangat. Cuma nak mengadap seorang demi seorang tu..yang buat teman lemah sikit...apapun Syabas kepada murid 1 Bersih..

Saturday, March 5, 2011

Tahun 1 di SK Teluk Pulai.

Permulaan yang bagus kerana tahun 2011 bermulanya satu episod baru dalam kehidupan. Aku di beri amanah untuk memegang tahun 1 BERSIH. Sebersih namanya, murid-muridku comel belaka. Kecil molek... tapi...tugas guru tahun satu sememangnya berat. Macam-macam yang perlu di buat. Serba baru katakan. Tapi tidak mengapa, aku menyahut cabaran itu. Mungkin tidak sehebat kak As atau kak Nani, janji amanah yang diberi akan ku laksanakan sebaik mungkin. Caiyok, caiyok....

Pn Habibah.... berakhirnya satu amanah di SKTP.

Tanpaku sedari....... air mata ku mengalir pergi...terkenang.....lagu ni memang menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Sebak, sedih semuanya bercampur baur. Tamat sudah perkhidmatan Pn Habibah di SK Teluk Pulai pada hari Jumaat ini. Entahlah....... tiba-tiba sayu hati bila mengenangnya. Sudah lama beliau mencurahkan bakti pada negara, dan tiba masa untuk beliau merehatkan minda dan diri dari semua amanah yang di serahkan sebelum ini. Ibarat ibu sendiri, perasaanku sukar digambarkan. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..Hanya air mata dan iringan doa agar beliau terus bahagia dan ceria dengan meneruskan kehidupan selepas ini.