Saturday, January 30, 2010

MALAYSIA INDAH


Pohon teratai di pinggir tasik,

Tumbuh melata di air tenang,

Pulau Tioman ku lihat asyik,

Bagai tak puas mata memandang.


Ayam hutan di tepi denai,

Riuh berkokok menjelang petang,

Pasirnya halus pantainya landai,

Laut membiru beralun tenang.


Kelip-kelip di tengah malam,

Bintang terang menyapu awan,

Aneka hidupan di laut dalam,

Berwarna-warni berkawan-kawan.


Burung tempua pulang ke sarang,

Sarang tinggi di pohon berduri,

Betapa indah negeri orang,

Indah lagi negeri sendiri.

HIDUP DI KOTA


Inilah kisah hidup di kota,

Penduduknya ramai berbilang bangsa,

Berbeza adat , budaya, bahasa,

Namun hidup sekata sentiasa.


Apabila tiba musim perayaan,

Jaya Jusco menjadi pilihan,

Diskaun tinggi tidak tertahan,

Bahagian wanita jadi pilihan.


Beg tangan , kasut pelbagai rupa,

Mata terbeliak tidak terkata,

Tangan mencapai apa yang suka,

Tiba time bayar jumlahnya tidak terkata.


Apabila tiba musim perayaan,

Kunjung-mengunjung jadi amalan,

Tempat dilawat cuma taman haiwan,

Nak buat camna dah takda haluan.


Demikian kisah sudah tersurat,

Penduduk kota bersatu erat,

Semua tempat aman dan juga selamat,

Hidup sepakat membawa berkat.

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Dah lama rasanyer tak bersua dengan rakanku yang sorang tu.. Orangnya cantik.. berkulit cerah, matanya yang redup membuatkan hati orang yang memandangnya pasti terpikat. Seorang yang begitu bersopan santun, walaupun bukan seagama denganku dia begitu memahami budaya orang melayu..aku menghormati sikapnya yang baik itu. Walaupun sudah lama tak bersua, ku mengharapkan agar dia sentiasa berbahagia dengan kehidupannya sekarang.... SELAMAT TAHUN BARU CINA..ku ucapkan kepada sahabatku itu..