Friday, August 28, 2009

AKTIVITI DI BULAN PUASA


Aktiviti di bulan puasa ni biasa-biasa jer...kemas rumah la... Tapi ntah kenapa aku rajin sikit bulan puasa ni. Mungkin disebabkan cuti seminggu so kalau tak buat apa-apa aktiviti boring la kan.. So aku pun mengecat perabut rumah. Aku beli cat minyak warna putih dan mulalah aktiviti mengecat.. Berbaloi juga tau, nampak la lain sikit dari sebelumnya. So selamat berpuasa...

Tuesday, August 25, 2009

PANTUN RAYA (Loghat)



Kelantan...

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar

Kelik rayo taksir laju

Nanti rayo dale sepita



Terengganu...

Makang ubi jamang jepong

Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong

Bulang raye mung gile



Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin



Johor...

Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie



Melaka...

Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok



N. Sembilan...

Masak lomak cili api

Campo dongan d aun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)



Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu



Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupai

Pandu hemat ingat kampong

Asal teman selamat sampai



Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau



Penang...

Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepas raya usah dok triak

Kalu ceti mai ikut dapoq



Perlis...

Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang

WANITA SOLEHA


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,

Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. S

alam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia,

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Sunday, August 23, 2009

HARI PERSARAAN EN. SABTU B. SUJAK











Hari persaraan En. Sabtu b Sujak. Beliau merupakan guru besar pertama bagi perkhidmatan aku sebagai guru di Sk Telok Pulai, Klang. Seorang yang berdedikasi dan sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan sekalipun. Mudah mesra dengan guru-guru dan murid di sekolah. Semoga beliau sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang.

Saturday, August 22, 2009

BIARLAH RAHSIA

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tiada siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan kutiada pertimbangan
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam
ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

KESILAPANKU KEEGOANMU

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini menambahkan hening
Di dalam hatiku
Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
aku cinta kepadamu
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
aku cinta padamu
Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri
- Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

LAWAK

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT: Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

Pen merah, pen biru, pen hitam....Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.

Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.
Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya, sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Friday, August 21, 2009

ANGRY - MARAH!

Anyone can become angry, that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose and in the right way, this is not easy...

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.

KELMARIN, HARI INI DAN ESOK

Suatu ketika dikau disini,
Kini kembali melewati,
Detik-detik sejarah yang pernah kau alami,
Merentasi ruang minda sempurna,

Kini berdiri didepanmu,
Tugu impian yang sebenarnya,
Pasti tercapai hasrat dihati,
Mendidik anak-anak bangsamu,

Kuiring doa kudus,
Buatmu tiada jemu,
Semoga kesampaian perjuangan mu yang suci,

Mendidik anak bangsa,
Membela nasib semua,
Wawasan pendidikan disempurnakan,
Umpama sebatang lilin,
Menerangi kegelapan,
Membakar diri demi kejayaan,

Kini tinggalku menyambung kisah,
Menagih ilmu santapan minda,
Semoga di suatu masa,
Sama berusaha mencapai cita.

Thursday, August 20, 2009

PUASA DI BULAN RAMADHAN

Saat yang ditunggu telah tiba, Sabtu ni umat Islam akan mula berpuasa. Tidak disangka masa begitu cepat berlalu, hingga aku lemas dalam lariannya, semusim telah berlalu. Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa dengan gembira. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, dijanjikan banyak pahala kepada hamba-Nya yang bijak menggunakan peluang yang diberikan.

Monday, August 17, 2009

SEKOLAH HARAPAN..SK TELOK PULAI

Kini, aku sebahagian dari anggota keluarga Sekolah Kebangsaan Telok Pulai. Besar harapan yang diletakkan oleh setiap ibu bapa supaya anak mereka dapat menjadi insan minda kelas pertama. Segala-galanya terserah kepada setiap guru mewarnai minda anak didik mereka. Semoga apa yang diharapkan dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti.

SEKOLAH IDAMAN..SK SG KARANGAN


Pertama kali menjejaki SK Sg. Karangan, Padang Serai Kulim Kedah, terkejut sangat kerana apa yang digambarkan tidaklah seperti yang dilihat. Anggapanku, tentulah sekolah ini kecil sahaja, tetapi segalanya meleset sama sekali kerana bangunan sekolahnya begitu hebat dan gah walaupun berada di pedalaman. Bilangan muridnya yang ramai, dan segala kemudahan tersedia. Perasaan syukur ku panjatkan kepada-Nya kerana memberiku peluang mengajar di sana. Guru dan murid-murid banyak memberi kerjasama yang cukup baik semasa aku melakukan latihan praktikum di sana. Udaranya yang nyaman, tidak dapat ku lupa kerana pagi-pagi lagi aku perlu bersiap untuk sampai awal ke sekolah. Aku begitu selesa berada di sana. Makanan yang pelbagai dan harganya yang begitu murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

SEWAKTU MULA..DI IPSAH


Masih teringat lagi kenangan bersama teman-teman ketika masih menuntut di IPSAH atau sekarang dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Halim. Mula-mula sampai di Sg. Petani rasa sedih sangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, tapi setelah berjumpa dengan teman-teman, mereka banyak membantu menghilangkan rasa kesedihan itu. Banyak yang dipelajari di sana, segala pengalaman dan kemahiran di timba dengan sebaik mungkin. Suka duka sebagai seorang pelajar sukar untuk dilupakan. Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar, terutama pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual. Jasamu tidak dapat ku lupakan.

Saturday, August 15, 2009

LUKISAN


Di Malaysia, lukisan telah menjadi satu elemen penting dalam sejarah awal ketamadunan bangsa sejak zaman batu lagi. Lukisan telah di jadikan alat mencatat sesuatu peristiwa. Keadaan ini diperjelaskan lagi apabila pengkaji sejarah telah menemui fakta tentang lukisan seperti yang tergambar pada dinding Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun di Perak.

WARNA


Warna ialah tindak balas cahaya keatas sesuatu permukaan. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan berwarna-warni. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang sesuai mengikut situasi.

Saturday, August 8, 2009

JERAWAT JER..

Wanita sememangnya sangat takut dengan masalah jerawat. Bagi wanita jika muka yang berjerawat maksudnya orang itu tidak menjaga kebersihan muka mereka. Ada sesetengah pula beranggapan jerawat itu pemanis muka, kalau muka licin jer pun tidak cantik juga. Apa salahnya ada sebutir mutiara tiba-tiba tumbuh dimuka, cantik juga kan.......bagi saya kalau setakat sebutir jer tak apalahkan.... tapi kalau dah penuh satu muka, itu dah kira bermasalah. Ramai yang sanggup berhabis duit asalkan muka sentiasa kelihatan cantik dan muda. Bagi yang berduit, tiada masalahkan, tapi bagi yang mengharapkan duit dari suami tu, kena pandai-pandailah menggunakan alternatif lain seperti mengamalkan petua orang-orang tua.

Thursday, August 6, 2009

SAKIT TEKAK

Ntah, sejak akhir-akhir ni rasa nak marah je, nak kata perubahan cuaca tak juga.......... agaknya dah semakin berumur kot. murid-murid semakin hari semakin pandai, banyak persoalan yang diutarakan............ kadang-kadang geram juga. Tapi nak buat camner lagi, sudah menjadi lumrah hidup memang perangai budak-budak macam tu. Iye kan aje, mana yang betul dan yang memuaskan hati mereka.


Bukan nak kata kadang-kadang ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh mereka. Banyak perkara yang mereka ingin ketahui. LAWAK, GERAM macam-macam dalam kepala.